Sebenarnya, hatiku masih terasa pedih
Sememangnya, terukirnya senyuman
Senyuman terpaksa, menahan kesakitan
Mungkin kau tidak perasan.
Sebenarnya apabila aku jumpa kau
Dalam diam, aku menjadi takut
Takut menghadapi semua kesalahanku
Sekarang aku pinta, maafkanlah aku.
Sebenarnya semasa aku berjalan tanpamu
Jauh di lubuk hatiku, aku berharap
Berharap kau akan mengejarku dari belakang
Tetapi malang, harapan tidak menjadi.
Sebenarnya aku langsung tidak membencimu
Sumpah tidak, aku sudah cuba melepaskannya
Lepaskan segala yang lalu dan
Walaubagaimanapun, aku tidak boleh melepaskanmu.
Sebenarnya aku ingin sekali memberitahumu bahawa
Aku tetap mencintaimu walau apa jua
Tetapi........tidak mengapa
Aku mahu kau lupakan segala.
Sebenarnya engkau tidak sedar betapa sayangnya aku kepadamu
Engkau tidak percaya, biar sahaja
Aku sudah tidak tahu lagi
Bagaimana hendak membuktikannya kepadamu.
Sebenarnya,
Aku sudah tidak tahu apa lagi yang boleh aku buat.
12th September 2009
Ha....layan lagu Anuar Zain lpulak. KRHKRH