Selasa, 30 September 2008

dengan kesempatan ini

Saya ingin mengucapkan kepada pembaca blog ini; Islam mahupun bukan-Islam:

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir dan Batin.
Jikalau saya pernah terkasar kata, mengutuk anda di belakang anda atau membuat anda sakit hati, harap anda boleh memaafkan saya kerana sememangnya saya hanya manusia.
Ohya, semoga anda dapat banyak duit raya :D

Isnin, 29 September 2008

rindu tak terkata

Pagi aku bangun,
Rupamu ku bayangkan,
Suaramu ku dendangkan.

Tengahari aku duduk,
Termenung memikirkan tawamu,
Terbayang gerak-gerimu.

Petang aku lihat matahari tenggelam,
Wajahmu bermain-main dibenaku,
Suaramu bermain di gegendangku.

Ah! Tidak sabar ingin jumpa kau.

Bilik; Rumah
27 September 2008
Ini ditujukan kepada mereka yang sedang merindukan si dia milik mereka.

oh lebaran

Ramadhan sudah berakhir,
Anak bulan sudah terlahir.
Kini giliran Syawal tiba,
Dan umat Islam pun bergembira.

Persiapan Raya sudah sempurna,
Bagi menambah keseronokkan suasana,
Tidak lupa kuih-muih Raya,
Buat santapan sanal-saudara.

Pagi Syawal maaf dipinta,
Agar lebaran disambut gembira,
Diikutu dengan solat sunat,
Bagi mencukupkan syarat.

Kemudian jiran-jiran datang ke rumah,
Untuk menikmati juadah,
Tidak lupa pada duit raya,
Yang wajib ada.

Selesai sesi berkunjung rumah,
Jom berehat daripada penat lelah,
Tetapi kanak-kanak tidak sebegini,
Malah boleh lagi main bunga api.

Alangkah indahnya lebaran,
Malang hanya setahun sekali,
Tetapi akan kembali tahun depan.
Bersama sinar kasih Illahi.

Bilik; Rumah
27 September 2008
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir dan Batin dari saya.
Aku takut tak sempat nak post nanti bila dah sampai Muar walaupun boleh online di sana.
Aku tahu, tak berapa bagus. Maaf ye.

Isnin, 8 September 2008

hilang sudah

Hilang sudah langit biru,
Birunya itu aku rindu,
Yang tinggal warna kelabu,
Kelabu yang sungguh syahdu.

Hilang sudah awan-awan putih,
Dan kini aku makin sedih,
Hati pula bertambah pedih,
Pedih dan aku sudah letih.

Hilang sudah rama-rama,
Yang membawa warna,
Warna yang dahulu sentiasa ada,
Kini sudah pudar begitu sahaja.

Hilang sudah kenangan manis,
Yang tinggal hati terguris,
Terguris dengan pandangan sinis,
Sinisnya yang terlampau.

Hilang sudah engkau yang aku kenali,
Engkau yang aku tidak pernah sesali,
Bilakah engkau akan kembali?
Kembali dengan dirimu yang lama aku kenali.

Aku kehilangan kawanku yang lama.
Dan digantikan dengan seorang yang aku tidak kenal.
12:37 pagi
Bilik