Sabtu, 20 Disember 2008

rapuh

Makin lama, makin aku rapuh
Rapuh mendengar suaramu
Rapuh mendengar namamu
Rapuh melihat wajahmu.

Bila akan engkau pergi?
Aku tidak mahu melihatmu
Dan menangis kerana melihatmu
Pergilah.

16 Disember 2008; Rumah
Ini....alkisah lama yang baru dilupakan.

cinta monyet ke-lapan

Satu, dua, tiga
Aku jatuh cinta begitu sahaja
Empat, lima, enam
Berseda untuk menyelam!

Tujuh, lapan, sembilan
Hati aku makin gian
Sepuluh, sebelas, duabelas
Sungguh, aku ingin lekas!

"Berhenti!" kau kata
"Aku bukan yang bercinta begitu senang sahaja"
Sedar aku dari khayalan
"Ini cinta monyetku yang ke-lapan"

16 Disember 2008; Rumah
Macam agak bodoh sahaja? Haha.

Rabu, 3 Disember 2008

keinginan tidak tersampai

Ingin aku menari di bawah purnama
Didakap engkau penuh manja
Masalah lama kita lupakan sahaja
Kenangan manis kita simpan bersama.

Ingin aku dengar bisikan suaramu
Mengatakan "I love you"
Sungguh, aku tidak akan jemu
Suaramu sebuah irama merdu.

Ingin aku bertawa bersamamu
Melupakan duka yang lalu
Membuka lembaran yang baru
Berdoa duka lama tidak kembali berlaku.

Malang semua ini tidak akan berlaku
Aku lebih cinta pada Tuhan yang Satu.

2hb Disember 2008

Diinspirasikan oleh lagu Rachael Yamagata, Sunday Afternoon ketika sedang berbaring di atas sofa. Maaf tajuknya macam tidak sesuai sebab aku buat ni spontan je dalam fikiran aku. Hehe.

Selasa, 2 Disember 2008

permainan engkau dan cinta

Cinta,
Perkataan berhuruf lima
Tetapi sungguh bermakna
Mengapa engkau permainkannya?

Begitu sahaja engkau membazirnya
Meluahkan kepada ramai perempuan
Bak pepatah Inggeris: One after the other
Bila engkau nak menghargai signifikasinya?

"Aku cinta kau sampai bila-bila", engkau kata
Tetapi diperulangkan kepada perempuan lain
Engkau ini siapa sebenarnya?
Hendak permainkan ayat-ayat cinta.

Cinta,
Perkataan sungguh bermakna
Kepada engkau hanya sebuah perkataan
Yang sentiasa engkau permainkan.

Sampai hati kau.

2hb Disember 2008

Diinspirasikan oleh sebuah.....kisah benar yang berlaku dalam hidupku; di depan mataku dan juga lagu Justin Nozuka, Supposed To Grow Old.