Sabtu, 31 Januari 2009

(untitled)

Once again, the heart breaks happen. The tears start pooling, the suffering follows.
Won't you come back even if I begged on my knees and cry until I no longer can? Would you come back and hug me and tell me that you will always love me no matter what?

29hb Januari 2009; bilik
Ha, aku tak tahu. Haha.

Ahad, 18 Januari 2009

dan malam ini

Dan malam ini satu lagi guruh berdentum
Satu lagi bintang merentasi malam gelapku
Satu lagi suara berbisik kata cinta.

Dan malam ini satu cinta berakhir
Satu lagi hati bercerai
Satu lagi insan terluka.

Dan malam ini seorang lagi menangis merindukan yang tercinta
Satu lagi insan akan lebih disayangi Tuhan
Satu lagi angin bertiup, membawa benih baru.

Dan malam ini jua aku bakal melupakan segala-galanya

18hb Januari 2009; Bilik, rumah
Sambil termenung kat luar, terlintas pula ayat "Dan malam ini".
Doalah agar inspirasi dan idea akan berlimpah ke dalam otak aku.

tinggalkan begitu sahaja

Hari demi hari berlalu
Mengapa kau tidak boleh melupakanku?
Jangan kata yang kau tidak boleh
Kerana bagaimana aku boleh melakukannya ?

Satu demi satu SMS diterima
Semuanya tidak dibalas jua
Tinggalkan lah aku seorang
Buatlah dirimu seakan-akan hilang

Di kala engkau ingin aku
Lupakan sahaja hasratmu
Aku tidak akan menerimanya
Walau pelbagai cara kau meminta

Pergi jauh-jauh
Lupakan aku.

18hb Januari 2009; Bilik
Maaf. Aku tiada inspirasi kebelakangan ni
Kerja rumah pun asyik berlonggok. Maaf maaf.

Jumaat, 9 Januari 2009

mengapa?

Hari demi hari berlalu
Otak makin kering
Idea makin hilang

Mengapa?

9hb Januari 2009; bilik
Tak sangka ini post pertama 2009. Lembab sungguh.
Maaf. Aku sibuk.