Rabu, 27 Ogos 2008

di dalam kesepian

Aku ditinggal di sini di dalam kesepian,
Dan yang menemani hanya kesedihan,
Sementara itu kau tertawa gembira,
Tetapi aku hanya boleh memandang sahaja.

26 Ogos 2008
Tangga belakang dewan
Nanti aku sambung lagi-

Sabtu, 16 Ogos 2008

tersepit

Angin berhembus-hembusan,
Pokok berayun-berayunan,
Awan bergolek merentasi langit,
Dan aku di sini, tersepit.

Bayi terus menangis,
Ibu pula masak kek lapis,
Adik-adik bergaduh dengan sengit,
Dan aku di sini masih tersepit.

Semua pergi dan lalu,
Dan aku masih tersepit, terpaku,
Terpaku di antara realiti dan mimpi,
Entah ke mana hendak ku pergi.

Tersepit, terpaku,
Terdiam, terkaku,
Menangis, menjerit,
Tetapi tetap tersepit.

Ahad, 10 Ogos 2008

bisa di dada

Setiap perkataan yang kau hembuskan.
Semuanya adalah dustaan,
Yang digunakan dengan suka hati,
Dan aku ingat engkau boleh dipercayai.

Seperti bisa di dadaku ini,
Menular masuk dengan diam diri,
Sanggupkah engkau melihat aku merana?
Hanya kerana kata-kata yang dusta belaka.

Selamat tinggal. Aku ada ujian.
Jumpa lagi dalam tiga hari.

Selasa, 5 Ogos 2008

di mana kau

Inspirasi, ke mana engkau pergi?
Empat hari telah ku tunggu,
Tetapi engkau tidak hadir,
Sungguh, aku merindui kau.

Mengapa engkau menghilangkan diri?
Aku perlukan engkau,
Aku seolah-olah seorang yang buta,
Mencari-cari di dalam gelap.

Pena ku tidak berjalan,
Ayat-ayat tidak dapat dikeluarkan,
Kertas aku kekosongan,
Hanya kerana kau tiada.

Kembalilah,
Aku perlukan kau,
Sudah lama aku menunggu,
Dan kini aku merana.

Aku kehilangan inspirasai, puisi jugak tidak dapat terhasil.
Mengapa begini. Sungguh aku benci,