Sabtu, 16 Ogos 2008

tersepit

Angin berhembus-hembusan,
Pokok berayun-berayunan,
Awan bergolek merentasi langit,
Dan aku di sini, tersepit.

Bayi terus menangis,
Ibu pula masak kek lapis,
Adik-adik bergaduh dengan sengit,
Dan aku di sini masih tersepit.

Semua pergi dan lalu,
Dan aku masih tersepit, terpaku,
Terpaku di antara realiti dan mimpi,
Entah ke mana hendak ku pergi.

Tersepit, terpaku,
Terdiam, terkaku,
Menangis, menjerit,
Tetapi tetap tersepit.

Tiada ulasan: