Isnin, 6 Oktober 2008

hanya buatmu

Dengan kesempatan ini,
Terimalahku sebagai rakan,
Maafkanku dengan setulus hati,
Lupakan apa yang ku lakukan.

Hatiku tidak aman,
Walaupun masa pantas berlalu,
Aku harap kau boleh melupakan
Kesalahan yang ku laku.

Aku insan biasa,
Tidak lari daripada kesilapan,
Pintaku satu sahaja,
Biarlah kesilapanku dilupakan.

Pedihnya untuk melepaskan,
Aku pernah lalui,
Kerana aku erti rasanya dilukakan,
Dan peritnya untuk melupai.

Maafku tidak bermakna,
Walaupun kau tahu ia ikhlas,
Itu memang telahku sangka,
Tetapi ingat, jangan berpaut pada yang lepas.

Entahlah berapa kali harus ku pinta,
Sehingga maaf ku boleh kau terima,
Tetapi jika sekarang, puisi ini kau baca,
Aku harap maafku dapat diterima.
Ruang tamu; rumah
29 S eptember 2008
Khas buat seorang sahabat.

4 ulasan:

Acoi berkata...

boleh buat lyric nie :)

Shamimi Rosni berkata...

Betul betul betul. Boleh buat lyric :D

Shaira Amira berkata...

keep writing luv :)

Khadijah berkata...

Acoi+Shamimi,
Perhaps. Hahah. Eee, nak cuba lah. Thanks for the suggestion :D

Shaira Amira,
Aaaa, thank youu (: