Ahad, 13 September 2009

Sebenarnya

Sebenarnya, hatiku masih terasa pedih
Sememangnya, terukirnya senyuman
Senyuman terpaksa, menahan kesakitan
Mungkin kau tidak perasan.

Sebenarnya apabila aku jumpa kau
Dalam diam, aku menjadi takut
Takut menghadapi semua kesalahanku
Sekarang aku pinta, maafkanlah aku.

Sebenarnya semasa aku berjalan tanpamu
Jauh di lubuk hatiku, aku berharap
Berharap kau akan mengejarku dari belakang
Tetapi malang, harapan tidak menjadi.

Sebenarnya aku langsung tidak membencimu
Sumpah tidak, aku sudah cuba melepaskannya
Lepaskan segala yang lalu dan
Walaubagaimanapun, aku tidak boleh melepaskanmu.

Sebenarnya aku ingin sekali memberitahumu bahawa
Aku tetap mencintaimu walau apa jua
Tetapi........tidak mengapa
Aku mahu kau lupakan segala.

Sebenarnya engkau tidak sedar betapa sayangnya aku kepadamu
Engkau tidak percaya, biar sahaja
Aku sudah tidak tahu lagi
Bagaimana hendak membuktikannya kepadamu.

Sebenarnya,
Aku sudah tidak tahu apa lagi yang boleh aku buat.

12th September 2009
Ha....layan lagu Anuar Zain lpulak. KRHKRH

Jumaat, 4 September 2009

Sanggup Sahaja

Sanggup aku berjaga sepanjang malam
Melihat kau tidur dengan senang
Mendengar nafasmu yang perlahan
Sepanjang malam, aku sanggup

Percayalah, aku sanggup

14th April 2009

Tell Me

"I see, you're just fine,"
Yes, that's what you'd say
But the truth?
I'm aching on the inside.

I wish you knew
But somehow, I don't want you to.

I wish you'd hold my hand
Tell me it's alright
Even when you know it won't be better.

I wish you'd whisper
Tell me, "I love you, everything will be okay,"
Even when you don't see anything wrong.

Let me just say this;
I just need the comfort of you being there for me.

4th August 2009
Was listening to Sampai Bila; OCK

Selasa, 21 April 2009

Sesak

Sesak dadaku menahan tangisan dari mengalir
Betapa sesaknya, tiada yang tahu
Tapi aku redha, aku pasrah
Walau sakitnya tak terhingga

Ya Tuhan, mengapa?

19 April 2009
Tension nak intervensi dua. Dah lah, study last minute.

Jangan berakhir dulu

Nafasmu menggeletek telingaku
Suaramu mengisi benaku yang sunyi ini dengan melodi
Melodi suaramu yang ku cinta
Memang aku tak sanggup melepaskannya.

Kehangatan tanganmu boleh ku rasa
Memegang erat tangan kecilku
Jarimu bersilang bersama dengan jariku
Tidak mahu aku kehilangannya

Pandangan matamu seolah engkau boleh melihat segalanya
Melihat ke dalam hati dan fikiranku
Membaca dan meramal gerak-geriku
Sungguh, aku kagum.

Aku suka bila kau senyum
Dalam hatiku, aku diam-diam berharap
Berharap ini takkan berakhir lagi.

16 April 2009
He he he. Tak payah tahu :P

Oh angin

Oh angin, bawaku bersamamu
Bawa sekali memori ini
Terbangkan ia ke dunia lain
Dunia yang tidak nyata.

Bawalah ku sekali oh angin
Kau tahu, aku tidak ingin
Namun hatiku pedih
Pedih hidup bersama dusta.

Aku ingin berterbangan
Tidak lagi ingin ku injakkan kaki ku di sini
Tidak lagi sanggup ku berdiri sendiri
Tercari-cari suatu yang tidak pasti.

Aku ingin bebas
Tidak sanggup ku menjadi boneka
Berjalan di atas pentas, bermimik muka palsu
Aku tidak sanggup.

16 April 2009
Aku penat.

Sabtu, 18 April 2009

Aduh

Aku tak boleh
Tak ingin, tak mahgu
Aku coba, mereka paksa
Tetapi aku tetap cinta kamu

Ditanam ke dalam lubuk hati
Tapi perasaan ini tidak ke mana
Tidak hilang, tidak lesap
Tidak reput bersama memori lama

Aduh, pedih aku menahan
Makin lama, makin sakit.

16 April 2009
Ni...adalah. More to come yeah ;)

Rabu, 1 April 2009

mixed feelings

I have mixed feelings right now
My heart, on the other hand, has beeen flown off to the moon
And suddenly, a brick wall falls in front of me
Concealing me, distrupting my view.

1hb April 2009; 3 Azam
Tengah peluk Syaza sambil fikir pasal Dizzy & The, terkeluar pulak ayat-ayat ni.
Best je. Haha. But ni draft je.

Jumaat, 27 Februari 2009

incomprehendable

I wonder why we grow apart
Yet we see each other nearly everyday
Somehow, I don't wish for things to return to the way they were.

23hb Februari 2009; Bilik, rumah.
Of someone who I truly love and yet, that love isn't there anymore.
And no, this is not a guy. Ha ha.

duet hati yang pilu

Di saat aku terlihat kau
Berjalan perlahan-lahan dengan senyuman manis
Kau melambai ke arahku, membuatkan ku tersenyum
Namun, hatiku berbisik: Mengapa dia bukan milikku?

Kau yang aku fikirkan selalu
Kau yang sentiasa aku nantikan
Sedarkah kau tentang aku di sini?
Sedarkah kau akan perasaan ku ini?

Aku boleh padamkan kau dari hidupku
Tetapi hairan; engkau sering muncul dalam benaku
Aku tak bisa, aku tak sanggup
Jikalau aku teruskan, aku seperti bertepuk sebelah tangan.

Biarkan aku di sini, keliru dengan perasaanku.

27hb Februari 2009; 3 Azam, SMKS5.
Syaza tulis yang normal font, aku yang dalam italic. Boleh kata ni duet ah. Haha.
Dah lah tengah belajar pasal antologi dengan cikgu BM masa tu :D

Sabtu, 31 Januari 2009

(untitled)

Once again, the heart breaks happen. The tears start pooling, the suffering follows.
Won't you come back even if I begged on my knees and cry until I no longer can? Would you come back and hug me and tell me that you will always love me no matter what?

29hb Januari 2009; bilik
Ha, aku tak tahu. Haha.

Ahad, 18 Januari 2009

dan malam ini

Dan malam ini satu lagi guruh berdentum
Satu lagi bintang merentasi malam gelapku
Satu lagi suara berbisik kata cinta.

Dan malam ini satu cinta berakhir
Satu lagi hati bercerai
Satu lagi insan terluka.

Dan malam ini seorang lagi menangis merindukan yang tercinta
Satu lagi insan akan lebih disayangi Tuhan
Satu lagi angin bertiup, membawa benih baru.

Dan malam ini jua aku bakal melupakan segala-galanya

18hb Januari 2009; Bilik, rumah
Sambil termenung kat luar, terlintas pula ayat "Dan malam ini".
Doalah agar inspirasi dan idea akan berlimpah ke dalam otak aku.

tinggalkan begitu sahaja

Hari demi hari berlalu
Mengapa kau tidak boleh melupakanku?
Jangan kata yang kau tidak boleh
Kerana bagaimana aku boleh melakukannya ?

Satu demi satu SMS diterima
Semuanya tidak dibalas jua
Tinggalkan lah aku seorang
Buatlah dirimu seakan-akan hilang

Di kala engkau ingin aku
Lupakan sahaja hasratmu
Aku tidak akan menerimanya
Walau pelbagai cara kau meminta

Pergi jauh-jauh
Lupakan aku.

18hb Januari 2009; Bilik
Maaf. Aku tiada inspirasi kebelakangan ni
Kerja rumah pun asyik berlonggok. Maaf maaf.

Jumaat, 9 Januari 2009

mengapa?

Hari demi hari berlalu
Otak makin kering
Idea makin hilang

Mengapa?

9hb Januari 2009; bilik
Tak sangka ini post pertama 2009. Lembab sungguh.
Maaf. Aku sibuk.