Jumaat, 28 Mei 2010

selamat tinggal

Akhirnya ia semua berakhir
Tiada lagi yang bisa ku kata
Ku hanya bisa menerima seadanya
Ku hanya bisa meneruskan hidup

Ku masih ingin menjagamu
Ku masih ingin mengambil tahu tentangmu
Ku masih ingin bersamamu

Sebenarnya, apa yang kau mahu dariku?
Mengapa seolah-olahnya, kau telah menggunakanku?
Mengapa sepertinya kau masih cintai aku?
Mengapa semua ini berlaku?

Mungkin sekali aku nampak seperti aku tidak peduli
Tetapi hanya luaran sahaja
Pahit, getir; kesenangan, kesusahan
Siapa saja yang tahu?

Aku sudah penat menangis
Sudah penat menunggu bulan jatuh ke riba
Sudah penat aku berasa sebegini
Dengan ini, aku melepaskanmu pergi

Selamat tinggal

8hb April 2010
Di kala dalam duka. Sekarang, dah ok.

(untitled)

Berapa lama lagi akan kita teruskan sebegini?
Sebenarnya, tiada apa yang berubah
Kita masih sama: masing-masing angkuh
Kedua-duanya enggan mengalah

Seharusnya, kita sudah berubah
Memperbetulkan segala yang lemah
Seharusnya, kita sudah mengetti
Tetapi mengapa kita masih di sini lagi?

Entah apa lagi yang boleh aku katakan
Entah apa lagi yang boleh ku lakukan
Entah banyak mana lagi yang boleh ku tangiskan
Hanya untuk mendapat kemaafan

Berapa lama lagi akan kita teruskan sebegini?
Berapa banyak lagi perang yang ingin kita tempuhi?
Berapa banyak lagi kepahitan yang harus kita lalui?
Berapa lama lagi hingga kita belajar untuk memaafi?

28hb Mei 2010