Jumaat, 28 Mei 2010

(untitled)

Berapa lama lagi akan kita teruskan sebegini?
Sebenarnya, tiada apa yang berubah
Kita masih sama: masing-masing angkuh
Kedua-duanya enggan mengalah

Seharusnya, kita sudah berubah
Memperbetulkan segala yang lemah
Seharusnya, kita sudah mengetti
Tetapi mengapa kita masih di sini lagi?

Entah apa lagi yang boleh aku katakan
Entah apa lagi yang boleh ku lakukan
Entah banyak mana lagi yang boleh ku tangiskan
Hanya untuk mendapat kemaafan

Berapa lama lagi akan kita teruskan sebegini?
Berapa banyak lagi perang yang ingin kita tempuhi?
Berapa banyak lagi kepahitan yang harus kita lalui?
Berapa lama lagi hingga kita belajar untuk memaafi?

28hb Mei 2010

Tiada ulasan: