Selasa, 29 Julai 2008

iri yang ku benci

Gembiranya rakanku,
Suka aku melihatnya,
Tetapi entah mengapa,
Tiba-tiba aku berasa iri.

Iri,
Mengapakah engkau melawat aku lagi?
Tidakkah engkau puas bergembira,
Melihat aku menderita.

Iri,
Aku benci kau,
Engkau membuatku mendendam rakanku,
Dan memenuhiku dengan kebencian.

Iri,
Pergilah kau,
Sejauh mungkin dari aku,
Aku tidak senang bila kau di sini.

Tetapi walau ku menghalau kau,
Engkau tetap datang kembali,
Kembali dengan sekelip rasa,
Dan menghadiahkan perasaan benci.

Aku hairan,
Mengapa engkau wujud?
Aku tidak suka engkau,
Dan aku rasa ramai lagi yang membenci kau.

Iri tiba-tiba timbul dalam hatiku dan neletuskan sebuah inspirasi.
Terima kasih iri, walaupun aku benci kau.

Tiada ulasan: