Khamis, 31 Julai 2008

seorang yang bernama 'Sahabat'

Kini aku seperti kehilangan matahari. Mathari yang dulunya menyinari aku seperti apa yang engkau buat dulu. Aku juga seperti buku tanpa nombor muka surat. Tiada lagi yang akan menunjukkan di mana aku berada.

Semua kelihatan seperti hidup ini sungguh membosankan. Seolah-olah warna telah hilang, seolah perasaan tidak wujud, seolah tiada lagi gelak ketawa. Semuanya seperti dibawa sekali bersama kau ketika engkau meninggalkan aku.

Tetapi, seseorang telah kembali mewarnakan hidupku kembali. Orang itu mula menyinari hidupku kembali dengan matahari yang aku telah rindui dan sentiasa menyinariku dengan sinar harapan. Dia juga yang telah mengembalikan semua senyuman kepada hidupku. Perasaan juga tiba-tiba muncul kembali. Orang itu tidak akanku lupa. Dia memang akanku cinta sehingga ke akhir masa. Namanya 'Sahabat'.

6 ulasan:

Ahmad WM Omar berkata...

Wah, suatu kejutan yang sangat menyenangkan! Sila jangan berhenti menulis, kerana aku cukup senang berkunjung ke sini dan menatap segala curahan yang kau nukilkan.

Cewah!

Khadijah berkata...

Terima kasih banyak! Saya bukannya terer mana. Setakat gitu-gitu sahaja. Tetapi terima kasih ya.

Aisyah Pahmi berkata...

hooomagoddd!
i love this "Aku juga seperti buku tanpa nombor muka surat. Tiada lagi yang akan menunjukkan di mana aku berada."!!!!!!!!!!

Khadijah berkata...

Hahaha, hasil otakku yang sungguh bijaksana. Ehem, bijaksana lah sangat. Haha.

Farah Rosni berkata...

i like this one.

Khadijah berkata...

Ahh, thank you Farah
(: