Isnin, 28 Julai 2008

permainan hati

Malam ini aku kerinduan,
Terkenang aku kepada dia,
Tetapi aku dalam kekeliruan,
Adakah dia mencintai aku juga?

Sehari semalam puas ku tunggunya,
Tidak juga ada khabar berita,
Hati aku semakin menderita,
Hanya kerana ingin tahu jikalau engkau mencintai aku.

Adakah lirikan mata kau sebuah tanda,
Atau hanya perasaan aku sahaja?
Dan di saat aku berdiri di sebelahmu,
Engkau kelihatan pucat seperti terlihat hantu.

Tiba-tiba fon aku berbunyi,
Dan nama orang yang dinantikan terpapar di skrin,
Suaramu mengisi hatiku yang sunyi,
Dan membuat aku berasa lega tidak terhingga.

Tetapi sayang sekali,
Soal aku masih tidak terjawab,
Adakah engkau mencintaiku,
Atau ia hanya permainan hati?

1 ulasan:

Farah Rosni berkata...

i penah rasa mcm ni, for quite sometime. kdg2 marah kat org tu. you know, he gave u the tone, the look and the hint. but it's like, to him that's nothing. it hurts.