Aku melihatnya dengan sangsi,
Rupa-rupanya engkau,
Si kawan akrabku.
Engkau kedengaran sungguh gembira,
Menceritakan tentang si dia,
Aku hanya setakat boleh senyum,
Dan turut menumpang gembira.
Di dalam kegembiraan itu,
Aku teringat bagaimana persahabatan kita bermula.
Engkau telah mengejek aku,
Di saat itu, persahabatan telah bermula.
Sungguh kelakar cara kita berkenal,
Aku sungguh tidak percaya,
Tetapi ia sememangnya betul,
Dan akan ku ingati selama-lamanya.
Aku masih ingat,
Kau sering memukulku tanpa sebab,
Tetapi aku tahu pukulan itu mainan sahaja,
Dan ia tanda betapa akrabnya persahabatan kita.
Engkau juga seringkali membuli aku,
Tetapi aku membuli kau balik,
Walaubagaimanapun, engkau sentiasa menang,
Dan aku hanya boleh senyum girang.
Lima tahun sudah berlalu,
Engkau masih seperti dulu,
Tiada yang berubah,
Masih engkau yang sama.
Sehingga kini, aku masih pendek dari kau,
Engkau tetap kurus bak sebatang lidi,
Tetapi hanya satu yang berubah;
Betapa rapatnya persahabatan kami.
Lima tahun sudah berlalu,
Tetapi rasanya seperti,
Baru semalam bertemu,
Dan menjadi rakan, seperti sekarang.
Diinspirasikan oleh persahabatan aku dengan si lidi yang tinggi, Paan. Tak sangka persahabatan kita boleh bertahan sampai sekarang. Ayat-ayat ini semuanya terhasil ketika bersms dengannya pada malam semalam.
1 ulasan:
wah, paan ke. ok ok.
Catat Ulasan